? ??????????????Bees? ????? ?? ???Rating: 4.1 (30 Ratings)??3 Grabs Today. 2510 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Hello Kitty? ????? ?? ???Rating: 4.2 (317 Ratings)??3 Grabs Today. 31120 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 6 November 2009

MONYET DENGAN BUAYA

Di tebing sebatang sungai, terdapat sepohon pokok epal. Sang monyet tinggal di atas pokok itu. Ia sangat gembira kerana pokok itu berbuah sepanjang tahun, tapi kadangkala ia merasa kebosanan...kesunyian. Sang monyet sangat gemar makan buah epal.


Pada suatu hari, seekor buaya datang ke bawah pokok epal itu.
"Siapakah kamu?" tanya sang monyet dari atas pokok epal.

Buaya terkejut lalu memandang ke arah datangnya suara itu. Ia ternampak sang monyet lalu berkata,"Saya buaya. Jalan-jalan cari makan..."

"Ooo...cari makan..." balas sang monyet dan, "atas pokok ni ada buah epal. Kalau nak, saya boleh berikan." kata sang monyet dengan ramahnya."sedappp.."tambahnya sambil mencampakkan beberapa biji buah epal kepada buaya.

Buaya pun memakan epal yang diberi dengan lahapnya. "Emm...sedapnya...nilah buah yang paling sedap yang pernah saya makan", kata buaya.

Sang monyet mendengar kata pujian dari buaya dengan bangganya. "kalau gitu, nanti datanglah lagi. Kau boleh makan banyak mana yang kau mahu... sampai puas",balas sang monyet dengan murah hati.

Keesokan harinya, buaya datang lagi ke tempat monyet. Sang monyet sangat gembira melayan kehadiran buaya hari demi hari. Sejak itu, mereka menjadi kawan baik. Sang monyet tidak lagi kesunyian.

Suatu hari, buaya menceritakan kisah isterinya yang tinggal di seberang sungai. Sang monyet sangat terkejut kerana hampir sebulan mereka bersahabat, buaya hanya datang menjamu selera bersendirian.

"La...kenapa kau tak cakap yang kau ada isteri. Patutnya kau ajak dia datang makan epal ni. Hai buaya, kesiannya isteri kau", kata sang monyet sedikit kesal.

Petang itu semasa buaya hendak pulang, sang monyet pun memberi bekalan buah epal untuk santapan isteri buaya. "Terima kasih, monyet", ucap buaya sopan.

Isteri buaya menyambut bekalan epal itu dengan gembira, walaupun dihatinya terselit rasa cemburu kerana suaminya selalu pulang lewat sejak berkawan dengan sang monyet. Buah epal yang manis dan lazat itu dimakannya. Isteri buaya sangat menggemari rasa epal itu. Sang monyet pula setiap hari, tidak pernah lupa untuk mengirimkan bekalan buat isteri buaya.

Petang itu seperti biasa, buaya pulang dengan bekalan epal untuk isterinya. Tapi isterinya menyambut dingin pemberian itu, tidak seperti selalu. Keadaan itu menghairankan buaya.



"Kenapa 'yang' ", tanya buaya kepada isterinya. Namun soalan itu tidak berjawap.

Keadaan itu berlanjutan beberapa hari, sehinggalah pada suatu petang.

"Bang...epal ni manis rasanya. Kalau sang monyet tu dah lama tinggal di situ, hari-hari pulak makan epal tu..., tentu dagingnya pun rasa manis. Mesti sedap kan..."kata isteri buaya.

Buaya terkejut mendengar kata-kata isterinya itu, "kenapa 'yang' cakap macam tu. Sang monyet tu baik dengan 'abang'. Selalu dia titipkan epal untuk 'yang' ", kata buaya pada isterinya.

"Tapi... monyet bukannya jenis sahabat kita. Monyet tu makanan buaya", jawap isteri.

Buaya terpaku mendengar jawapan dari isterinya. Dalam fikiran, dia mengakui kebenaran kata isterinya. Namun jauh disudut hatinya telah ada rasa sayang kepada sahabatnya itu.

"Apa kata kalau 'abang' jemput sang monyet ke sini. Boleh juga saya berkenalan dengannya", isteri buaya mencelah lamunan buaya.

Buaya hanya mendiamkan diri. Dia sedar ada niat buruk isterinya untuk mengenakan sang monyet.

Buaya tetap mengunjungi sang monyet tanpa menceritakan hasrat isterinya. Sang monyet pulak, terus bermurah hati memberikan buah epal pada buaya dan isterinya.

Suatu petang ketika pulang ke rumahnya, buaya terkejut melihat keadaan isterinya yang begitu uzur.


"Apa dah jadi? kenapa terbaring macam ni...", tanya buaya kepada isterinya.

"Ntah...tiba-tiba saja saya rasa sakit. Sakit sangat...", jawap isteri buaya sambil menangis. Lemah saja bunyinya.

"Kalau gitu, biar 'abang' gi panggil doktor". Kata buaya tergesa-gesa.

"Tak usah...tadi saya dah jumpa doktor. Dia kata sakit saya tak leh sembuh dah", tangis isterinya.

Buaya terkedu mendengar kata-kata itu. Dia terlalu sayang pada isterinya. Dia tak mahu kehilangan isterinya.

"Mana boleh...'yang' mesti sembuh macam selalu. Mesti ada ubat...mesti ada..." buaya bersuara dalam sendu.

" 'Bang'... memang ada ubatnya...tapi...tapi..."kata isteri buaya separuh jalan.

"Tapi apa 'yang', katakanlah apa saja...pasti abang akan dapatkannya. Cakaplah 'yang'..."buaya mencelah setelah isterinya berhenti berkata-kata.

"Kata doktor, saya perlukan hati monyet untuk sembuh", si isteri bersuara dalam tangisan hiba.

Buaya tersentak mendengar saranan doktor. Apa yang harus dilakukan, ibarat 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'. Isteri memang sangat disayangi, sang monyet juga sahabat sejati. Terkaku buaya di situ, fikirannya buntu.

"Tak apalah 'bang', saya faham. 'Abang' tak akan mampu melakukannya. Kalau saya mati nanti, 'abang' pandai-pandailah jaga diri", kata isteri buaya dalam tangisan.

"Jangan cakap gitu... 'abang' akan dapatkan ubat itu. Cayalah... " buaya berkata sedih sambil berlalu setelah meminta izin dari isterinya untuk mendapatkan penawar penyakit si isteri.

Setelah buaya berenang meninggalkan isterinya, si isteri tersenyum gembira.

"Nampaknya cita-cita aku nak makan daging monyet akan berhasil...he he he.." isteri buaya berlagu girang. Rupa-rupa dia hanya berpura-pura sakit.

Ditebing sungai, monyet terkejut melihat buaya datang di waktu senja itu. Wajah sugul sahabatnya itu ditatap teliti.

"Hai sahabat! pasal datang waktu begini. Tidakkah risau tinggalkan isteri mu sendirian masa sekarang" , Sang monyet bertanya.

"Risau... saya sangat risau sekarang. Tak tau apa nak buat!" tingkah buaya sayu.


"Kamu gaduh ke? kenapa???" tanya monyet kehairanan.

"Isteri saya sakit... tenat. Dia...dia buat permintaan terakhir..." buaya berkata tersekat-sekat. "Dia teringin nak jumpa awak...sebelum mati...", sedih bercampur antara sakit isteri dan sakit hati terpaksa berbohong pada sahabatnya, sang monyet.


"Oooo.. kalau gitu, jom lah kita ke sana sekarang. Tak baik biarkan dia menanti dalam sakit. Kesiannya..." kata monyet simpati.

Buaya terharu melihatkan perlakuan monyet yang baik hati itu. Tanpa disuruh, monyet naik ke atas belakang buaya. Buaya pun mula berenang dan kemudian menyelam. Tindakan itu membuatkan sang monyet terkapai-kapai kelemasan.

Menyedari hal itu, buaya naik semula ke permukaan sungai dengan perasaan bercampur baur.

"Buaya..., janganlah kamu menyelam. saya pasti mati kelemasan sebelum sempat sampai ke rumah mu", kata sang monyet separuh kelemasan.

"Biarlah kamu mati kelemasan..." jawap buaya serba salah.

"Wahai buaya, kenapa berkata begitu...saya tak faham..." Sang monyet kehairanan.

"Sahabatku, saya minta maaf kerana berbohong. Isteri saya perlukan hati monyet untuk sembuh...sebab itulah saya nak bawa kamu ke rumah saya. Maaflah... kerana kamu terpaksa jadi korban" Jawap buaya dengan perasaan bersalah.

Mendengar kata-kata buaya itu, monyet jadi kaget. Sanggup sahabatnya bertindak sedemikian kejam. Pantas dia berfikir.

"Hai buaya, kenapa kamu tak ceritakan hal sebenarnya dari tadi. Malanglah nasib isteri kamu..." kata sang monyet.

"Kenapa?" buaya meminta kepastian.

"Sebenarnya, saya tak bawa hati saya sekarang...hati saya ada di atas pokok epal sana... Jomlah kita dapatkan hati saya sekarang. Boleh cepat kita serahkan pada isteri kamu", jawap monyet selamba.

"Laa...ishk. Kenapa tak gi tau..." buaya bersuara

Dengan pantas, buaya membawa sang monyet menuju arah pokok epal...tempat tinggal monyet. Tujuan buaya hanya satu, dapatkan hati sang monyet untuk isteri yang disangkakan sakit.


Bagi monyet pula, inilah masanya untuk menyelamatkan diri dari maut dibaham buaya.

Sesampai saja di tebing sungai, sang monyet pun memanjat dengan pantasnya.

"Hai buaya! sampai sinilah saja persahabatan kita. Balik lah kamu pada isterimu...katakan pada dia, kamulah suami yang paling bodoh di dunia ini." Jerit sang monyet dari dahan pokok epal sambil tersenyum kelegaan.




Buaya tersedar bahawa sang monyet telah menipunya. Ia pun pulang ke rumah dengan kehampaan. Sesampainya di rumah, dia terdengar isterinya bernyanyi riang sambil membuat persediaan untuk makan besar.


Tahulah buaya bahawa isterinya juga telah berbohong padanya semata-mata untuk memakan hati monyet. Buaya menangis sendirian. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemuadian tiada gunanya. Nasi sudah jadi bubur. Buaya telah kehilangan sahabat yang baik hati....



Sekian....Tamat.



Nota: Simanja sayang, sambil membaca hayatilah pengajaran dan moral dari cerita ini.



















































































































































































































































0 ulasan: